Pada 12 hingga 14 Mac yang lepas telah berlangsungnya Kursus Gerak Cekak, Persatuan Seni SIlat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Melaka yang telah di anjurkan sendiri oleh Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Melaka yang bertempat di Kem Lembaian Danau Jasin Melaka.
Seramai 98 orang penuntut dari seluruh IPTA/IPTS serta sekolah di cawangan Melaka terlibat dalam kem ini. Para tenaga pengajar, guru-guru penasihat serta ahli-ahli keluarga persatuan turut hadir dalam menjayakan program Gerak Cekak Kali ini.
Secara keseluruhannya, program ini Berjaya mensasarkan objektifnya untuk menyatupadukan ahli dari pelbagai latar belakang serta memperkukuhkan lagi silaturahim di kalangan ahli di negeri ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Catat Ulasan