Webmaster Pada Selasa, 20 Mei 2014 ulasan



PROGRAM ROAD TO MY SILAT 2015
NEGERI MELAKA BERSEJARAH

Sempena
FESTIVAL ANTARABANGSA SUNGAI
MELAKA

Anjuran

PERSEKUTUAN SENI SILAT CEKAK PUSAKA USTAZ
HANAFI MALAYSIA, MELAKA

Dan

PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA


MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh            : 24 Mei 2014 (Sabtu)
Lokasi            : Dataran Muara Sungai Melaka, Melaka
Perasmi          : YB. Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad,
  Timbalan Exco Pelancongan dan Pembangunan Sungai
  dan Pulau-pulau.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

SUGIMAN BIN JOHARI –
Pengarah Program Road To My Silat 2015
v 016-2600021

TN. HJ. ANUAR BIN OTHMAN
Yang Dipertua,
Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia, Melaka.
ƒv 012-3555021





LATAR BELAKANG

Program Road to MySilat 2015 adalah sebagai promosi dan persediaan bagi menjayakan program MySilat 2015. Program MySilat 2015 merupakan program Persembahan Silat Terbesar di dunia oleh 50,000 pesilat Silat Cekak Pusaka Hanafi bersempena sambutan 50 tahun Silat Cekak (1965-2015) dan sebagai usaha untuk mencatatkan sejarah rekod dunia rakyat Malaysia di dalam “Guiness World Records” kategori “Largest Martial Art Display”.

Program ini adalah kesinambungan Kempen Jom Silat yang telah dilancarkan pada 20hb Disember 2009 oleh Silat Cekak Pusaka Hanafi di dalam usaha menarik minat belia remaja khususnya di Negeri Melaka untuk menyertai Gaya Hidup Sihat.

Program ini dirancang untuk diadakan di setiap negeri di Malaysia sebagai kempen untuk menambah serta mengumpulkan belia remaja menyertai Silat Cekak Pusaka Hanafi untuk mencipta rekod dunia. Program Road to My Silat 2015 telah dijayakan julung-julung kalinya di
Negeri Sembilan pada 2 Mac 2014 dan seterusnya di Sabah pada 23 Mac 2014. Sebelum ini, Silat Cekak Pusaka Hanafi juga telah berjaya mencatatkan rekod dalam “Malaysia Book of Records” kategori “Largest Silat Performance” dan “Largest All-Women in Silat Performance” di Dataran

Merdeka, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2010.



Related Posts with Thumbnails