temauan Pada Rabu, 3 Mac 2010 ulasan


Bertempat di Institut KWSP Bangi pada 26 - 28 Februari lalu, telah berlangsung satu bengkel anjuran Persatuan Silat Cekak Hanafi Malaysia. Bengkel yang bertajuk 'Bengkel Prakarsa Kepimpinan SCH 2010' ini bertujuan untuk menyelaras perancangan dan matlamat setiap cawangan supaya selari dengan aspirasi dan objektif peringkat pusat.

Seramai kira-kira 100 orang ahli yang terdiri daripada Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK), ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) dan ahli Srikandi SCH telah mengikuti bengkel ini. Melaka telah menghantar seramai empat orang wakil yang terdiri daripada 3 lelaki dan 1 wanita.

Antara pengisian program adalah seperti berikut:

1. Ceramah Maulidur-Rasul oleh Y.M Tuan Haji Md Radzi bin Hj Hanafi; Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

2. Slot perkongsian pengalaman bersama ahli-ahli lama Silat Cekak, iaitu tokoh-tokoh yang telah lebih dari 30 tahun berjuang mendaulatkan dan memperkembangkan seni silat pusaka bangsa ini.

3. Sesi penyelarasan buah oleh Y.M Guru Utama.

4. Slot percambahan minda (brainstorming) aktiviti dan halatuju persatuan.

5. Taklimat mengikut portfolio setiap cawangan.

Alhamdulillah, keseluruhan program berjalan dengan lancar. Diharapkan bengkel ini menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih konstruktif untuk merapatkan hubungan dan kerjasama di antara peringkat cawangan dan pusat.


Related Posts with Thumbnails