Khairul Ariffin Bin Rezo Pada Ahad, 17 Oktober 2010 ulasan

Adalah dimaklumkan, Yang Di-Pertua PSSCUHM Caw. Melaka, En. Anuar Othman bersama isteri dan ibu mertua beliau akan berangkat ke Tanah Suci, Makkah Al-Mukarramah bagi menunaikan ibadat Haji pada butiran berikut:-

Tarikh : 01 November 2010 (Isnin)
- petang : bergerak dari Melaka)
- 7.00mlm : Lapor diri di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya

Penerbangan : KT 82 / SV 5125
Masa Berlepas : 2.00 pagi (02 November 2010)

Sehubungan dengan itu, beliau memjemput Tuan/Puan ke Majlis Kenduri Kesyukuran pada:-

Tarikh : 30 Oktober 2010(Sabtu)
Masa : 1.00 petang
Tempat : No. 6, Jalan AP 5, Taman Ara Permai, Batu Berendam, Melaka.

Pihak Majlis Mesyuarat Negeri dan seluruh warga PSSCUHM Caw. Melaka, mengucapkan selamat menunaikan ibadah Haji dan semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air. Kami juga mendoakan agar beliau sekeluarga dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan dan mudah-mudahan Allah menerima ibadah yang dikerjakan dengan mendapat Haji yang Mabrur. Amin.

Sekian, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails